Tuesday, 7 November 2017

JENIS JENIS MASALAH YANG AKAN DIHADAPI JIKA TIDAK MENGAMBIL PAKEJ KE PULAU PERHENTIAN

Ramai yang anggap PULAU PERHENTIAN nie sama macam Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. Ada jalan raya, ada penempatan, ada shopping mall dan bermacam lagi lah!


Sebenarnya PULAU PERHENTIAN nie merupakan sebuah pulau seperti pulau di Mabul, Semporna, Mataking dll. Di pulau tersebut hanya terdapat pokok, pasir, air laut dan juga chalet/resort.


Pendek kata memang isolated habis! Sebab tu disarankan untuk korang ambil pakej apabila ingin ke PULAU PERHENTIAN untuk mengelakkan masalah yang boleh mengakibatkan ketidak seronokkan ketika bercuti. Githeww


Jenis-jenis masalah yang korang akan hadapi kalau korang tak ambil pakej ke pulau adalahhh 👇👇👇👇👇

1) Terpaksa deal dengan ramai orang
Haa maksud terpaksa deal dengan ramai orang ialah bila korang nak cari tempat penginapan korang kena deal dengan orang lain. Deal nak naik bot dengan orang lain. Deal nak pergi snorkeling dengan orang lain. Tak ke menyusahkan tuu. Bila deal dengan ramai orang nie nanti korang pulak yang serabut dan silap hari bulan tengah korang nak deal tuu, servis full pulakk. Aduhh sakit kepalaaa

2) Tiada orang untuk dirujuk jika ada masalah
Biasa kalau terjadi apa-apa masalah korang mesti tahu nak rujuk pada siapa kan? Cuba korang bayangkan kalau terjadi dekat dalam pulau? Dekat siapa korang akan rujuk untuk selesaikan masalah tu? Diingatkan dekat pulau takde klinik, atm bank ataupon hospital. Kalau korang ambik pakej, semua masalah akan diselesaikan oleh agent tersebut terutamanya Team Perhentianseekers!

3) DITIPU!
Potensi untuk ditipu bila korang pergi ke pulau tanpa mengambil sebarang pakej adalah sangat tinggi! Contoh penipuan yang korang akan kena ialah tempat penginapan, aktiviti snorkeling dan juga bot pergi dan balik. Untuk pengetahuan korang pada tahun 2016, lebih 13,000 pengunjung yang telah ditipu apabila pergi bercuti bersendirian!

4) Jadual aktiviti berterabur
Kalau korang tak ambik pakej untuk ke PULAU PERHENTIAN, korang terpaksa handle semua benda sendiri dari A sampai Z termasuklah dengan aktiviti. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba aktiviti yang korang plan nak buat tu tak jadi? Mesti mental breakdown kan? Sebaliknya kalau korang ambik pakej, agent tu sendiri yang akan siapkan itinerary untuk korang. Korang dah tak payah pening-pening serabut dan tinggal nak enjoy jek bila ke pulau!

Ingatlah percutian yang menyeronokkan ialah percutian yang tidak mempunyai sebarang masalah! SELAMAT BERCUTI!

Wednesday, 18 October 2017

TIPS UNTUK BAWA KELUARGA BERCUTI DI PULAU PERHENTIAN

Assalammualaikum and hai Seekerss! Untuk entry kali nie #TeamNus nak ceritakan tentang tips dan panduan untuk korang yang nak bercuti di PULAU PERHENTIAN bersama keluarga!


Bercuti bersama keluarga sememangnya perkara yang menyeronokkan setelah kita penat bekerja. Kini tibalah masa untuk pergi bercuti bersama yang tersayang! Tetapi untuk menguruskan percutian keluarga yang besar sememangnya bukan perkara yang mudah terutamanya apabila bercuti di pulau.

So dekat sini #TeamNus nak kongsikan sedikit tips tentang cara-cara untuk menguruskan percutian bersama keluarga agar menjadi lebih mudah!

☎ Sentiasa update tentang perubahan jadual
Perubahan jadual dan percutian sememangnya satu mimpi ngeri. Kita dah penat-penat susun jadual lepastu tiba-tiba ada perubahan jadual. Untuk elakkan perkara nie berlaku, #TeamNus cadangkan supaya korang sentiasa update jadual dengan yang lain terutamanya dengan 'kepala plan' so that nanti takde lah clash dengan jadual. Nanti takde lah ada yang tertinggal kat rumah pulak tak dapat ikot pergi bercuti kaann. 




⏰ Sentiasa ikut masa yag telah ditetapkan
Tetapkan masa juga sangat penting bila kita dah plan untuk pergi bercuti contohnya tarikh yang betul-betul semua orang free, tarikh untuk bayar deposit pakej, masa untuk berlepas ke PULAU PERHENTIAN dan macam-macam lagi. Pastikan setiap orang dalam group tu tahu waktu-waktu yang telah ditetapkan supaya nanti takde lah ada yang tercicir maklumat 😊😊




👜 Pastikan setiap barang keperluan telah dibawa
Yang nie sangat-sangat penting! Biasalah tengah kalut-kalut bersiap tu mesti ada barang yang lupa dibawa. Untuk mengelakkan perkara nie berlaku, pastikan korang ingat mengingat antara satu sama lain. Barang keperluan seperti ubat ubatan perlu dibawa untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.


 


👮 Ikot arahan yang diberikan oleh 'kepala plan'
Untuk mengelakkan misinformation ataupon tercicir maklumat tentang percutian koang tu, adalah dinasihatkan untuk korang sentiasa follow apa yang ketua plan cakap. Contohnya waktu berkumpul, jumpa dimana, bayaran berapa dan pelbagai lagi laa. Lantik seorang kepala plan supaya semua urusan akan diuruskan oleh seorang sahaja. Kerja mudah dan korang pon tak payah nak pening-pening lagi!



Monday, 9 October 2017

PERBEZAAN PAKEJ MURAH DAN PAKEJ MAHAL

Hey Seekers! Berjumpa kita di entry yang baruuu. Dalam entry kali nie #TeamNus akan ceritakan tentang apa perbezaan antara PAKEJ MURAH dan PAKEJ MAHAL nie.


Sebab ramai yang tanya #TeamNus kenapa pakej PerhentianSeekers lebih mahal dari pakej-pakej yang lain. So dalam entry kali nie #TeamNus akan terangkan kat korang dan kenapa korang patot pilih PerhentianSeekers. 


👨 Servis Guide
Dalam pakej PerhentianSekeers kami menyediakan servis guide iaitu snorkeling guide dan hiking guide. Berbeza dengan pakej murah yang lain, mereka tidak menyediakan servis guide terutamanya hiking guide. Di dalam pakej PerhentianSeekers, snorkeling guide kami akan turun ke laut bersama anda dan akan membawa anda semua ke tengah laut serta menunjukkan port-port cantik. Guide kami juga akan sentiasa menjaga anda supaya tidak sesat atau mengalami sebarang masalah. 



Selain daripada menjaga dan menunjuk kepada anda kawasan sekitar pulau, guide kami juga pro di dalam menangkap gambar! Anda boleh meminta/request untuk mengambil gambar di dalam laut ketika snorkeling atau ketika anda hiking!


 

💅 Servis Hospitaliti
Di dalam servis hospitaliti kami, kami menawarkan perkhidmatan PK Lounge atau PerhentianKravers Lounge dimana anda semua boleh berehat seketika sebelum masuk ke dalam pulau. Anda juga boleh berehat setibanya pulang dari pulau sekiranya bas atau flight anda berlepas pada waktu malam. PK Lounge sentiasa buka 24 jam sehari. Jadi anda semua jangan bimbang sekiranya anda tiada tempat berehat setibanya di Kuala Besut.


 


👮 Servis Briefing
Sebelum anda berlepas ke dalam pulau, team kami akan memberikan sedikit briefing tentang keadaan pulau, lokasi cafe, meeting point snorkeling, meeting point hiking, info keselamatan dan berbagai lagi. Ini adalah supaya percutian anda berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Kami akan memberikan anda 5 tiket dan setiap tiket itu mempunyai fungsinya yang tersendiri. Tiket-tiket yang diberikan akan memudahkan lagi percutian korang di PULAU PERHENTIAN!



😉 Servis "Kepala Masok Air" Team Kami
Haa yang nie memang tak dapat disangkal lagi. Sesungguhnya team kami tersangat laa ramah sampaikan ramai guest yang dah pernah datang sebelum nie masih contact dengan kami. Bertanya khabar, bertukar-tukar cerita dan juga repeat datang ke PULAU PERHENTIAN! Power kan? Jangan risau kalau datang seorang sebab team kami takkan biarkan anda berseorangan. Hehehehe.





So korang ada alasan lagi tak tak nak ambik pakej dengan team PerhentianSeekers? Meskipun agak mahal tapi akan memberikan kepuasan kepada anda semuaa. Tak percaya? Visit Instagram kami PerhentianSeekers dan tengok berapa banyak feedbacks puas hati dari guest kami semua!

Sunday, 1 October 2017

TIPS MUDAH UNTUK KE KINCIR ANGIN PULAU PERHENTIAN

Antara aktiviti yang paling wajib korang kena buat bila korang datang ke PULAU PERHENTIAN adalah hiking ke windmill!!

Tapi ramai yang sesat bila hiking ke windmill nak-nak pulak yang datang sorang. So entry kali nie #TeamNus nak bagi tips padu bila korang pergi hiking!

🙈 Hiking Bersama Guide
Kalau korang bimbang dan tak yakin untuk hiking sendirian atau tanpa orang yang arif dengan selok belok PULAU PERHENTIAN, adalah digalakkan untuk korang hiking bersama guide. Dalam pakej kiteorang juga disediakan guide untuk bawak korang hiking ke windmill. Biasanya guide akan tunggu korang di Ombak Dive Resort pada jam 12.30pm dan dari situ korang akan hiking ke atas dan waktu pendakian mengambil masa selama 40 minit.

  


🙉 Pakai Pakaian Sukan
Seeloknya ketika hiking korang memakai pakaian yang sesuai iaitu pakaian yang selesa dan lebih baik jika memakai pakaian sukan. Korang juga digalakkan untuk memakai kasut ketika hiking untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang tak diingini. Baju yang selesa akan memudahkan perjalanan korang untuk naik ke atas sana. Nanti takde lah rasa leceh kan.

  


🙊 Ikot Peta yang Diberikan Dengan Betul
Setibanya korang di PK Lounge, Kuala Besut, korang akan diberi briefing tentang itinerary dan keselamatan sepanjang korang di pulau. Masa tu juga korang akan diberikan peta perjalanan hiking ke windmill. Sekiranya korang tidak hiking bersama guide, korang bolehlah hiking mengikut peta tersebut. Kalau korang betul ikot peta tu, in shaa Allah korang takkan sesat!

 


🙈 Bawa Air Mineral, Gula-gula, Topi dan KAMERA!
Haa nie barang-barang yang korang mesti bawak terutamanya air mineral dan kamera! Uishhh kalau korang tak bawak dua benda nie masa hiking memang menangis laa. Gula-gula dan topi tu kalau korang rasa satu keperluan nak bawak, korang bawak lah. Apa-apa pon nanti akan memudahkan korang balik kan 😉


So korang dah tau dah kan cara nak hiking dengan mudah? Semua tips #TeamNus dah bagi untuk memudahkan perjalanan korang. Harap nanti kalau korang pergi PULAU PERHENTIAN, korang boleh guna setiap cara tu dan harapnya korang selamat selalu.

Okey gaiss semoga entry kali nie bermanfaat dan harapnya kita akan berjumpa di entry yang lain! See ya! #KucupDahi 💋




Friday, 22 September 2017

TIPS-TIPS BERENANG UNTUK WANITA HAMIL!

Hello Seekers! 🙋


So we meet in the new entry! Entry kali nie #TeamNus nak bagi tips2 untuk wanita hamil.
Selalu #TeamNus terima pertanyaan boleh ke wanita hamil pergi snorkeling? So untuk menjawab soalan you guys #TeamNus buat special entry untuk korang!

👉 Gunakan pakaian renang khas untuk ibu hamil
Ibu-ibu atau bakal-bakal ibu digalakkan untuk memakai pakaian renang khas yang dibuat untuk para wanita hamil. Pakaian renang khas itu akan membuatkan para wanita lebih berasa nyaman dan selesa. Ianya juga tidak sempit dan tidak menekan di kawasan perut. Pakaian renang khas itu akan membuatkan para ibu lebih berasa bebas untuk berenang.

👉 Berenang dengan santai dan relaks
Jangan membuat terlalu banyak gerakan dalam satu masa. Ini akan menyebabkan para ibu berasa cepat penat dan lelah. Jika merasa penat dan lelah, cuba apungkan diri dan berehat seketika. Ini akan membuatkan para ibu berasa tenang dan nyaman. 

👉 Minta suami atau kenalan rapat untuk sentiasa menemani
Ini adalah yang penting sekali tiap kali ibu-ibu ingin pergi berenang tidak kiralah di PULAU PERENTIAN atau dimana saja. Pastikan ibu-ibu semua ditemani oleh suami atau kenalan rapat supaya nanti jika berlaku apa-apa ibu-ibu boleh meminta pertolongan dengan mereka. Lagipon kalau berenang dengan suami kan lagi sweet gituhhh nak-nak pulak kalau berenang dekat laut PULAU PERHENTIAN. 

👉 Lakukan senaman ringan sebelum masuk ke dalam air
Sebelum melakukan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan, adalah lebih baik sekiranya kita melakukan senaman ringan. Ianya adalah supaya badan mudah mengadaptasi dengan kawasan sekeliling. Nanti takde lah badan ibu-ibu semua terkejut dengan perubahan kawasan sekeliling. Dengan baby dalam perut sekali terkejut. Hehehe. 

Sebenarnya melakukan aktiviti berenang semasa hamil sangat digalakkan untuk para ibu. Ianya dapat memudahkan proses semasa bersalin nanti. Selain daripada tu ianya dapat menyihatkan para ibu jugaaa.

So sekarang semua dah tahu kan? #TeamNus dah jawab soalan korang dengan yakin sekali! Nanti kalau ada pertanyaan lagi tanya lah #TeamNus. Kiteorang akan jawab dengan pantas! Jumpa lagi korang di next entry! Have a nice day Seekers!

3 PULAU PALING MISTERI DI DUNIA

Sama seperti perkara-perkara lain di dunia ini, pulau juga terdapat kisah misteri mereka sendiri. Banyak kisah misteri pulau-pulau yang masih belom terungkai sehingga ke hari ini. 


So hari nie #TeamNus nak ceritakan dekat korang 3 PULAU PALING MISTERI DALAM DUNIA NIE! Let's check it!


💋 Pulau Isola La Gaiola (Itali)


Pulau Isola La Gaiola terletak di Naples, Itali. Walaupon pulau ini sangat cantek dan mudah diakses, namun tiada seorang pon manusia yang berani untuk tinggal disana. Pulau ini dikatakan telah disumpah kerana setiap kali ada manusia yang mendiami pulau tersebut pasti akan mati. 


    
Gambar diambil dari Google Image


Kejadian-kejadian misteri mula berlaku pada tahun 1920, apabila pemilik pulau ini ditemukan terbunuh. Beberapa hari selepas itu isterinya juga ditemui tenggelam di laut. Pemilik yang berikutnya yang berasal dari Jerman turut ditemukan mati kerana sakit jantung. Selepas pemilik Jerman itu, pemilik yang ketiga juga ditemukan mati kerana bunuh diri. Sejak daripada itu penduduk mula mengatakan bahawa pulau itu telah disumpah oleh kuasa jahat.


💋 Pulau Sentinel Utara (India)

Pulau ini terletak di Kepulauan Andaman dan Nikobar di Teluk Benggala. Pulau ini merupakan kediaman bagi suku paling primitif di dunia. Orang-orang Sentinelese sangat menjauhkan diri mereka dengan permodenan dunia dan kerana itu ianya terlalu sukar buat orang luar untuk mengakses ke dalam pulau itu.

 

Gambar diambil dari Google Image

Dikatakan orang Sentinelese merupakan keturunan langsung orang pertama yang wujud di Afrika. Mereka telah tinggal di pulau kecil itu selama 60 000 tahun. Mereka ini sangat membencikan orang luar yang datang ke pulau mereka malah mereka akan "menyambut" orang luar ini dengan lontaran batu dan anak panah. Disebabkan tiada siapa yang pernah masuk ke dalam pulau ini, jadi tiada siapa tahu bahasa apakah yang digunakan oleh mereka dan bagaimanakah kehidupan mereka.


💋 Pulau Socotra (Yaman)


Pulau kecil ini terletak di Samudera Hindia dan berada 80km sebelah timur Tanduk Afrika. Pulau ini disebut sebagai "neraka dunia" tanpa sebab yang diketahui. Pulau ini sangat terpencil dan menerima kurang kunjungan dari orang ramai.


Gambar diambil dari Google Image


Pulau Socotra memiliki flora dan fauna yang belum pernah dijumpai di mana-mana tempat sekalipon malah telah disenaraikan sebagai salah satu "Seven Wonders in the World". Keanehan pulau ini ialah ia sering dikaitkan dengan penjara Dajjal. Anggapan ini menjadi semakin kuat apabila dikaitkan dengan Hadis yang mengatakan Dajjal dipenjara di Laut Yaman. Disebabkan keunikkan flora dan fauna nya UNESCO terus mempertahan pulau ini.

So Seekersss sekarang dah tau dah kan pulau apa yang misteri kat dunia nie? Rasa2 korang takot tak? Nak pergi sana tak? Kalau #TeamNus tak nak sebab #TeamNus nak pergi PULAU PERHENTIAN! Lagi syok terok kott 👍👍

Orait Seekers see you guys in the next entry post! See yaaa! 😁



Monday, 18 September 2017

INFO KESELAMATAN KETIKA BERADA DI PULAU PERHENTIAN!

Setiap pengunjung yang datang ke PULAU PERHENTIAN semestinya menitik beratkan soal keselamatan terutamanya jika pertama kali sampai ke PULAU PERHENTIAN 🌊🌊🌄


Untuk entry kali nie #TeamNus akan share kan dekat Seekers tentang info keselamatan sepanjang Seekers berada di pulau 👍


1) First of all semasa Seekers semua menaiki bot untuk ke jeti Coral Bay di Perhentian Kecil, Seekers mestilah memakai life jacket  Life jacket ada disediakan di dalam setiap bot ataupon Seekers boleh ambil jaket siap-siap di operation office Kuala Besut. Tak kena bayar pon.. Masa snorkeling pon Seekers kena pakai life jacket tau supaya tak lemas.


Contoh pemakaian life jacket yang betul


2) Info yang kedua ialah berkenaan dengan duit atau pon jumlah wang yang Seekers bawak. Seekers diminta untuk menjaga duit Seekers sendiri terutamanya ketika berada di Long Beach ketika menonton fireshow. Pastikan Seekers meletakkan wang di dalam poket supaya pencuri tidak tau yang Seekers membawa duit. Bijak kan?

Fireshow di Long Beach

3) Info keselamatan yang seterusnya ialah berkenaan dengan pakaian. Semasa Seekers hiking ke windmill, dinasihatkan supaya memakai kasut untuk mengelakkan kaki Seekers melecet dan terluka terkena batu batuan. In case kalau Seekers tergelincir ke apa ke, kan boleh kurangkan risiko kecederaan. Pakai laa juga pakaian yang selesa dan memberi ruang udara.

Contoh pemakaian kasut ke windmill


Perjalanan hiking ke windmill

4) Dan yang terakhir sekali ialah #TeamNus nak nasihatkan untuk sentiasa berhati-hati tak kira dimana saja Seekers berada terutamanya ketika di dalam pulau. Pastikan bilik Seekers sentiasa dikunci dan pastikan juga kunci tak letak merata tempat. Nanti sia-sia jekk 🙊 

Okey Seekers2 semua setakat nie jek entry kali nie. Next entry #TeamNus akan sharekan info dan tips-tips yang laen! So stay tuned Seekers! #KucupDahi 💋


Thursday, 14 September 2017

Tips-tips Untuk ke Pulau Perhentian Dengan Mudah


Buat Seekers yang pertama kali pergi ke PULAU PERHENTIAN mesti Seekers taktau kan cara-cara untuk ke sana dengan mudah

Nak2 pulak kalau Seekers pergi sendirian lagi la takot nak pergi!


Tapi jangan takot jangan bimbang #TeamNus sedia untuk berkhidmat! Cewahh dah macam polis pulakk


Terdapat 3 cara yang Seekers boleh gunakan untuk ke PULAU PERHENTIAN iaitu:
⇒ Menaiki kenderaan darat
⇒ Menaiki flight
⇒ Menaiki public transportation

🔺  Menaiki kenderaan darat

Jika Seekers menaiki kenderaan darat seperti kereta ataupon lori (wow lori), Seekers boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 sekiranya dari KL, Pahang dan Terengganu. Seekers juga boleh melalui jalan menuju ke Kelantan iaitu melalui Bentong, Raub dan Gua Musang. 


Kalau Seekers sekalian dari utagha tanah air Seekers boleh drive melalui Grik, Tanah Merah, Jerteh dan akhirnya ke Kuala Besut.

🔺 Menaiki flight

Kalau Seekers nak naik flight untuk ke PULAU PERHENTIAN, Seekers boleh ke KLIA dan naik flight dari situ. Dinasihatkan supaya Seekers membeli tiket flight dari KLIA ke airport Kota Bharu sebabnya jarak yang lebih dekat untuk ke Kuala Besut berbanding kalau Seekers touch down di airport Kuala Terengganu.

Lepastu kalau Seekers dari Penang or Kedah boleh la naik flight dekat Penang airport samada menaiki Malindo atau Firefly. Sama jugak macam di KLIA better kalau Seekers semua touchdown di airport Kota Bharu. 

🔺 Menaiki public transportation

Satu-satunya cara untuk Seekers2 semua nak ke Pulau Perhentian dengan public transportation adalah dengan menaiki bas. Untuk yang dari KL Seekers boleh laa membeli tiket bas dan juga menaki bas di Terminal Bas Bersepadu Selatan atau lebih dikenali sebagai TBS. Dari situ Seekers beli tiket yang menuju ke Kuala Besut. Tiket bas biasanya berharga RM44.00. Disarankan untuk menaiki bas pada waktu malam sebab lebih syokk. 

Untuk dari negeri lain, Seekers boleh naik di terminal bas yang berdekatan. Jika tiada bas yang turun di Terminal Kuala Besut, Seekers boleh laa turun di Jerteh dan kemudiannya menaiki teksi untuk ke Kuala Besut. 
--------------------------------------------------------------------------------------
So far paham tak perjalanan untuk ke PULAU PERHENTIAN? Kalau paham say #KucupDahi satu kali! Nanti lepas Seekers dah sampai Kuala Besut, Seekers akan dihantar ke jeti Kuala Besut oleh #TeamNus dan akan menaiki bot pulak untuk sampai ke PULAU PERHENTIAN! Senang ke mudah?

Untuk maklumat lebih lanjut, Seekers boleh laa adukan soalan dekat #TeamNus dengan menghantar WhatsApp ke 019 210 7543 atau DM kami di Instagram @perhentianseekers 
--------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, 13 September 2017

THE SEEKERSSS




The Seekers: Perhentian Menanti Anda! 🐬
.
.
Selamat petang The Seekers! Aikk sape The Seekers? Seekers tu ialah korang yang tengah mencari cari peluang untuk bercuti di PULAU PERHENTIAN!
.
Taktau PULAU PERHENTIAN tu macam mana? Cantek ke tak? Jangan risau #TeamNus akan selesaikan segala persoalan The Seeekers.
.
We will give you guys the best, sebab ape? Sebab #TeamNus ialah PAKAR PULAU ANDA! 👍👍
.
WhatsApp 019 210 7543 for more info 😎
.
#PerhentianSeekers
#TeamNus
#TheSeekers
#PakarPulauAnda
#KucupDahi 💋
.
#PulauPerhentian
#PakejPulauPerhentian
#PakejMurahPulauPerhentian
#PerhentianKecil
#PerhentianBesar
#perhentianislandtrip