Wednesday, 18 October 2017

TIPS UNTUK BAWA KELUARGA BERCUTI DI PULAU PERHENTIAN

Assalammualaikum and hai Seekerss! Untuk entry kali nie #TeamNus nak ceritakan tentang tips dan panduan untuk korang yang nak bercuti di PULAU PERHENTIAN bersama keluarga!


Bercuti bersama keluarga sememangnya perkara yang menyeronokkan setelah kita penat bekerja. Kini tibalah masa untuk pergi bercuti bersama yang tersayang! Tetapi untuk menguruskan percutian keluarga yang besar sememangnya bukan perkara yang mudah terutamanya apabila bercuti di pulau.

So dekat sini #TeamNus nak kongsikan sedikit tips tentang cara-cara untuk menguruskan percutian bersama keluarga agar menjadi lebih mudah!

☎ Sentiasa update tentang perubahan jadual
Perubahan jadual dan percutian sememangnya satu mimpi ngeri. Kita dah penat-penat susun jadual lepastu tiba-tiba ada perubahan jadual. Untuk elakkan perkara nie berlaku, #TeamNus cadangkan supaya korang sentiasa update jadual dengan yang lain terutamanya dengan 'kepala plan' so that nanti takde lah clash dengan jadual. Nanti takde lah ada yang tertinggal kat rumah pulak tak dapat ikot pergi bercuti kaann. 




⏰ Sentiasa ikut masa yag telah ditetapkan
Tetapkan masa juga sangat penting bila kita dah plan untuk pergi bercuti contohnya tarikh yang betul-betul semua orang free, tarikh untuk bayar deposit pakej, masa untuk berlepas ke PULAU PERHENTIAN dan macam-macam lagi. Pastikan setiap orang dalam group tu tahu waktu-waktu yang telah ditetapkan supaya nanti takde lah ada yang tercicir maklumat 😊😊




👜 Pastikan setiap barang keperluan telah dibawa
Yang nie sangat-sangat penting! Biasalah tengah kalut-kalut bersiap tu mesti ada barang yang lupa dibawa. Untuk mengelakkan perkara nie berlaku, pastikan korang ingat mengingat antara satu sama lain. Barang keperluan seperti ubat ubatan perlu dibawa untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.


 


👮 Ikot arahan yang diberikan oleh 'kepala plan'
Untuk mengelakkan misinformation ataupon tercicir maklumat tentang percutian koang tu, adalah dinasihatkan untuk korang sentiasa follow apa yang ketua plan cakap. Contohnya waktu berkumpul, jumpa dimana, bayaran berapa dan pelbagai lagi laa. Lantik seorang kepala plan supaya semua urusan akan diuruskan oleh seorang sahaja. Kerja mudah dan korang pon tak payah nak pening-pening lagi!