Antara aktiviti yang paling wajib korang kena buat bila korang datang ke PULAU PERHENTIAN adalah hiking ke windmill!!
Tapi ramai yang sesat bila hiking ke windmill nak-nak pulak yang datang sorang. So entry kali nie #TeamNus nak bagi tips padu bila korang pergi hiking!
🙈 Hiking Bersama Guide
Kalau korang bimbang dan tak yakin untuk hiking sendirian atau tanpa orang yang arif dengan selok belok PULAU PERHENTIAN, adalah digalakkan untuk korang hiking bersama guide. Dalam pakej kiteorang juga disediakan guide untuk bawak korang hiking ke windmill. Biasanya guide akan tunggu korang di Ombak Dive Resort pada jam 12.30pm dan dari situ korang akan hiking ke atas dan waktu pendakian mengambil masa selama 40 minit.
🙉 Pakai Pakaian Sukan
Seeloknya ketika hiking korang memakai pakaian yang sesuai iaitu pakaian yang selesa dan lebih baik jika memakai pakaian sukan. Korang juga digalakkan untuk memakai kasut ketika hiking untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang tak diingini. Baju yang selesa akan memudahkan perjalanan korang untuk naik ke atas sana. Nanti takde lah rasa leceh kan.
🙊 Ikot Peta yang Diberikan Dengan Betul
Setibanya korang di PK Lounge, Kuala Besut, korang akan diberi briefing tentang itinerary dan keselamatan sepanjang korang di pulau. Masa tu juga korang akan diberikan peta perjalanan hiking ke windmill. Sekiranya korang tidak hiking bersama guide, korang bolehlah hiking mengikut peta tersebut. Kalau korang betul ikot peta tu, in shaa Allah korang takkan sesat!
🙈 Bawa Air Mineral, Gula-gula, Topi dan KAMERA!
Haa nie barang-barang yang korang mesti bawak terutamanya air mineral dan kamera! Uishhh kalau korang tak bawak dua benda nie masa hiking memang menangis laa. Gula-gula dan topi tu kalau korang rasa satu keperluan nak bawak, korang bawak lah. Apa-apa pon nanti akan memudahkan korang balik kan 😉
So korang dah tau dah kan cara nak hiking dengan mudah? Semua tips #TeamNus dah bagi untuk memudahkan perjalanan korang. Harap nanti kalau korang pergi PULAU PERHENTIAN, korang boleh guna setiap cara tu dan harapnya korang selamat selalu.
Okey gaiss semoga entry kali nie bermanfaat dan harapnya kita akan berjumpa di entry yang lain! See ya! #KucupDahi 💋