Buat Seekers yang pertama kali pergi ke PULAU PERHENTIAN mesti Seekers taktau kan cara-cara untuk ke sana dengan mudah
Nak2 pulak kalau Seekers pergi sendirian lagi la takot nak pergi!
Tapi jangan takot jangan bimbang #TeamNus sedia untuk berkhidmat! Cewahh dah macam polis pulakk
Terdapat 3 cara yang Seekers boleh gunakan untuk ke PULAU PERHENTIAN iaitu:
⇒ Menaiki kenderaan darat
⇒ Menaiki flight
⇒ Menaiki public transportation
🔺 Menaiki kenderaan darat
Jika Seekers menaiki kenderaan darat seperti kereta ataupon lori (wow lori), Seekers boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 sekiranya dari KL, Pahang dan Terengganu. Seekers juga boleh melalui jalan menuju ke Kelantan iaitu melalui Bentong, Raub dan Gua Musang.
Kalau Seekers sekalian dari utagha tanah air Seekers boleh drive melalui Grik, Tanah Merah, Jerteh dan akhirnya ke Kuala Besut.
🔺 Menaiki flight
Kalau Seekers nak naik flight untuk ke PULAU PERHENTIAN, Seekers boleh ke KLIA dan naik flight dari situ. Dinasihatkan supaya Seekers membeli tiket flight dari KLIA ke airport Kota Bharu sebabnya jarak yang lebih dekat untuk ke Kuala Besut berbanding kalau Seekers touch down di airport Kuala Terengganu.
Lepastu kalau Seekers dari Penang or Kedah boleh la naik flight dekat Penang airport samada menaiki Malindo atau Firefly. Sama jugak macam di KLIA better kalau Seekers semua touchdown di airport Kota Bharu.
🔺 Menaiki public transportation
Satu-satunya cara untuk Seekers2 semua nak ke Pulau Perhentian dengan public transportation adalah dengan menaiki bas. Untuk yang dari KL Seekers boleh laa membeli tiket bas dan juga menaki bas di Terminal Bas Bersepadu Selatan atau lebih dikenali sebagai TBS. Dari situ Seekers beli tiket yang menuju ke Kuala Besut. Tiket bas biasanya berharga RM44.00. Disarankan untuk menaiki bas pada waktu malam sebab lebih syokk.
Untuk dari negeri lain, Seekers boleh naik di terminal bas yang berdekatan. Jika tiada bas yang turun di Terminal Kuala Besut, Seekers boleh laa turun di Jerteh dan kemudiannya menaiki teksi untuk ke Kuala Besut.
--------------------------------------------------------------------------------------
So far paham tak perjalanan untuk ke PULAU PERHENTIAN? Kalau paham say #KucupDahi satu kali! Nanti lepas Seekers dah sampai Kuala Besut, Seekers akan dihantar ke jeti Kuala Besut oleh #TeamNus dan akan menaiki bot pulak untuk sampai ke PULAU PERHENTIAN! Senang ke mudah?
Untuk maklumat lebih lanjut, Seekers boleh laa adukan soalan dekat #TeamNus dengan menghantar WhatsApp ke 019 210 7543 atau DM kami di Instagram @perhentianseekers
--------------------------------------------------------------------------------------