Ramai yang anggap PULAU PERHENTIAN nie sama macam Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. Ada jalan raya, ada penempatan, ada shopping mall dan bermacam lagi lah!
Sebenarnya PULAU PERHENTIAN nie merupakan sebuah pulau seperti pulau di Mabul, Semporna, Mataking dll. Di pulau tersebut hanya terdapat pokok, pasir, air laut dan juga chalet/resort.
Pendek kata memang isolated habis! Sebab tu disarankan untuk korang ambil pakej apabila ingin ke PULAU PERHENTIAN untuk mengelakkan masalah yang boleh mengakibatkan ketidak seronokkan ketika bercuti. Githeww
Jenis-jenis masalah yang korang akan hadapi kalau korang tak ambil pakej ke pulau adalahhh 👇👇👇👇👇
1) Terpaksa deal dengan ramai orang
Haa maksud terpaksa deal dengan ramai orang ialah bila korang nak cari tempat penginapan korang kena deal dengan orang lain. Deal nak naik bot dengan orang lain. Deal nak pergi snorkeling dengan orang lain. Tak ke menyusahkan tuu. Bila deal dengan ramai orang nie nanti korang pulak yang serabut dan silap hari bulan tengah korang nak deal tuu, servis full pulakk. Aduhh sakit kepalaaa
2) Tiada orang untuk dirujuk jika ada masalah
Biasa kalau terjadi apa-apa masalah korang mesti tahu nak rujuk pada siapa kan? Cuba korang bayangkan kalau terjadi dekat dalam pulau? Dekat siapa korang akan rujuk untuk selesaikan masalah tu? Diingatkan dekat pulau takde klinik, atm bank ataupon hospital. Kalau korang ambik pakej, semua masalah akan diselesaikan oleh agent tersebut terutamanya Team Perhentianseekers!
3) DITIPU!
Potensi untuk ditipu bila korang pergi ke pulau tanpa mengambil sebarang pakej adalah sangat tinggi! Contoh penipuan yang korang akan kena ialah tempat penginapan, aktiviti snorkeling dan juga bot pergi dan balik. Untuk pengetahuan korang pada tahun 2016, lebih 13,000 pengunjung yang telah ditipu apabila pergi bercuti bersendirian!
4) Jadual aktiviti berterabur
Kalau korang tak ambik pakej untuk ke PULAU PERHENTIAN, korang terpaksa handle semua benda sendiri dari A sampai Z termasuklah dengan aktiviti. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba aktiviti yang korang plan nak buat tu tak jadi? Mesti mental breakdown kan? Sebaliknya kalau korang ambik pakej, agent tu sendiri yang akan siapkan itinerary untuk korang. Korang dah tak payah pening-pening serabut dan tinggal nak enjoy jek bila ke pulau!
Ingatlah percutian yang menyeronokkan ialah percutian yang tidak mempunyai sebarang masalah! SELAMAT BERCUTI!
No comments:
Post a Comment