Sama seperti perkara-perkara lain di dunia ini, pulau juga terdapat kisah misteri mereka sendiri. Banyak kisah misteri pulau-pulau yang masih belom terungkai sehingga ke hari ini.
So hari nie #TeamNus nak ceritakan dekat korang 3 PULAU PALING MISTERI DALAM DUNIA NIE! Let's check it!
π Pulau Isola La Gaiola (Itali)
Pulau Isola La Gaiola terletak di Naples, Itali. Walaupon pulau ini sangat cantek dan mudah diakses, namun tiada seorang pon manusia yang berani untuk tinggal disana. Pulau ini dikatakan telah disumpah kerana setiap kali ada manusia yang mendiami pulau tersebut pasti akan mati.
Gambar diambil dari Google Image
Kejadian-kejadian misteri mula berlaku pada tahun 1920, apabila pemilik pulau ini ditemukan terbunuh. Beberapa hari selepas itu isterinya juga ditemui tenggelam di laut. Pemilik yang berikutnya yang berasal dari Jerman turut ditemukan mati kerana sakit jantung. Selepas pemilik Jerman itu, pemilik yang ketiga juga ditemukan mati kerana bunuh diri. Sejak daripada itu penduduk mula mengatakan bahawa pulau itu telah disumpah oleh kuasa jahat.
π Pulau Sentinel Utara (India)
Pulau ini terletak di Kepulauan Andaman dan Nikobar di Teluk Benggala. Pulau ini merupakan kediaman bagi suku paling primitif di dunia. Orang-orang Sentinelese sangat menjauhkan diri mereka dengan permodenan dunia dan kerana itu ianya terlalu sukar buat orang luar untuk mengakses ke dalam pulau itu.
Gambar diambil dari Google Image
Dikatakan orang Sentinelese merupakan keturunan langsung orang pertama yang wujud di Afrika. Mereka telah tinggal di pulau kecil itu selama 60 000 tahun. Mereka ini sangat membencikan orang luar yang datang ke pulau mereka malah mereka akan "menyambut" orang luar ini dengan lontaran batu dan anak panah. Disebabkan tiada siapa yang pernah masuk ke dalam pulau ini, jadi tiada siapa tahu bahasa apakah yang digunakan oleh mereka dan bagaimanakah kehidupan mereka.
π Pulau Socotra (Yaman)
Pulau kecil ini terletak di Samudera Hindia dan berada 80km sebelah timur Tanduk Afrika. Pulau ini disebut sebagai "neraka dunia" tanpa sebab yang diketahui. Pulau ini sangat terpencil dan menerima kurang kunjungan dari orang ramai.
Gambar diambil dari Google Image
Pulau Socotra memiliki flora dan fauna yang belum pernah dijumpai di mana-mana tempat sekalipon malah telah disenaraikan sebagai salah satu "Seven Wonders in the World". Keanehan pulau ini ialah ia sering dikaitkan dengan penjara Dajjal. Anggapan ini menjadi semakin kuat apabila dikaitkan dengan Hadis yang mengatakan Dajjal dipenjara di Laut Yaman. Disebabkan keunikkan flora dan fauna nya UNESCO terus mempertahan pulau ini.
So Seekersss sekarang dah tau dah kan pulau apa yang misteri kat dunia nie? Rasa2 korang takot tak? Nak pergi sana tak? Kalau #TeamNus tak nak sebab #TeamNus nak pergi PULAU PERHENTIAN! Lagi syok terok kott ππ
Orait Seekers see you guys in the next entry post! See yaaa! π
No comments:
Post a Comment