Monday, 18 September 2017

INFO KESELAMATAN KETIKA BERADA DI PULAU PERHENTIAN!

Setiap pengunjung yang datang ke PULAU PERHENTIAN semestinya menitik beratkan soal keselamatan terutamanya jika pertama kali sampai ke PULAU PERHENTIAN 🌊🌊🌄


Untuk entry kali nie #TeamNus akan share kan dekat Seekers tentang info keselamatan sepanjang Seekers berada di pulau 👍


1) First of all semasa Seekers semua menaiki bot untuk ke jeti Coral Bay di Perhentian Kecil, Seekers mestilah memakai life jacket  Life jacket ada disediakan di dalam setiap bot ataupon Seekers boleh ambil jaket siap-siap di operation office Kuala Besut. Tak kena bayar pon.. Masa snorkeling pon Seekers kena pakai life jacket tau supaya tak lemas.


Contoh pemakaian life jacket yang betul


2) Info yang kedua ialah berkenaan dengan duit atau pon jumlah wang yang Seekers bawak. Seekers diminta untuk menjaga duit Seekers sendiri terutamanya ketika berada di Long Beach ketika menonton fireshow. Pastikan Seekers meletakkan wang di dalam poket supaya pencuri tidak tau yang Seekers membawa duit. Bijak kan?

Fireshow di Long Beach

3) Info keselamatan yang seterusnya ialah berkenaan dengan pakaian. Semasa Seekers hiking ke windmill, dinasihatkan supaya memakai kasut untuk mengelakkan kaki Seekers melecet dan terluka terkena batu batuan. In case kalau Seekers tergelincir ke apa ke, kan boleh kurangkan risiko kecederaan. Pakai laa juga pakaian yang selesa dan memberi ruang udara.

Contoh pemakaian kasut ke windmill


Perjalanan hiking ke windmill

4) Dan yang terakhir sekali ialah #TeamNus nak nasihatkan untuk sentiasa berhati-hati tak kira dimana saja Seekers berada terutamanya ketika di dalam pulau. Pastikan bilik Seekers sentiasa dikunci dan pastikan juga kunci tak letak merata tempat. Nanti sia-sia jekk 🙊 

Okey Seekers2 semua setakat nie jek entry kali nie. Next entry #TeamNus akan sharekan info dan tips-tips yang laen! So stay tuned Seekers! #KucupDahi 💋


No comments:

Post a Comment