Friday, 22 September 2017

TIPS-TIPS BERENANG UNTUK WANITA HAMIL!

Hello Seekers! 🙋


So we meet in the new entry! Entry kali nie #TeamNus nak bagi tips2 untuk wanita hamil.
Selalu #TeamNus terima pertanyaan boleh ke wanita hamil pergi snorkeling? So untuk menjawab soalan you guys #TeamNus buat special entry untuk korang!

👉 Gunakan pakaian renang khas untuk ibu hamil
Ibu-ibu atau bakal-bakal ibu digalakkan untuk memakai pakaian renang khas yang dibuat untuk para wanita hamil. Pakaian renang khas itu akan membuatkan para wanita lebih berasa nyaman dan selesa. Ianya juga tidak sempit dan tidak menekan di kawasan perut. Pakaian renang khas itu akan membuatkan para ibu lebih berasa bebas untuk berenang.

👉 Berenang dengan santai dan relaks
Jangan membuat terlalu banyak gerakan dalam satu masa. Ini akan menyebabkan para ibu berasa cepat penat dan lelah. Jika merasa penat dan lelah, cuba apungkan diri dan berehat seketika. Ini akan membuatkan para ibu berasa tenang dan nyaman. 

👉 Minta suami atau kenalan rapat untuk sentiasa menemani
Ini adalah yang penting sekali tiap kali ibu-ibu ingin pergi berenang tidak kiralah di PULAU PERENTIAN atau dimana saja. Pastikan ibu-ibu semua ditemani oleh suami atau kenalan rapat supaya nanti jika berlaku apa-apa ibu-ibu boleh meminta pertolongan dengan mereka. Lagipon kalau berenang dengan suami kan lagi sweet gituhhh nak-nak pulak kalau berenang dekat laut PULAU PERHENTIAN. 

👉 Lakukan senaman ringan sebelum masuk ke dalam air
Sebelum melakukan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan, adalah lebih baik sekiranya kita melakukan senaman ringan. Ianya adalah supaya badan mudah mengadaptasi dengan kawasan sekeliling. Nanti takde lah badan ibu-ibu semua terkejut dengan perubahan kawasan sekeliling. Dengan baby dalam perut sekali terkejut. Hehehe. 

Sebenarnya melakukan aktiviti berenang semasa hamil sangat digalakkan untuk para ibu. Ianya dapat memudahkan proses semasa bersalin nanti. Selain daripada tu ianya dapat menyihatkan para ibu jugaaa.

So sekarang semua dah tahu kan? #TeamNus dah jawab soalan korang dengan yakin sekali! Nanti kalau ada pertanyaan lagi tanya lah #TeamNus. Kiteorang akan jawab dengan pantas! Jumpa lagi korang di next entry! Have a nice day Seekers!

No comments:

Post a Comment